Thursday, February 13, 2014

March 2013..Holidah di Pulau REdang

Ni holiday yg dah lepas..hampir setahun juga la baru aku nak update...hehehe tahap kesibukan agak tinggi sampai tak sempat nak update2 percutian sepanjang tahun 2013..

March 2013..percutian my family + kawan2 husband + bapak mertua + family kakak iparku..kali ni holiday time cuti sekolah so pakat2 bawa anak2 p bercuti sekali ke Pulau Redang. Tp holiday kali ni x bawa bibik..sian bibik no..kena tinggal dok umah opah sbb keta tak muat hehehe..ala selalunya holiday bawa pa bibik sekali..sekali sekali kena tinggal la juga bibiknye..

Day 1 : Selepas Isyak..
Bertolak Kulim ke Taiping..ambil bapak mertua + adik ipar..konvoi dengan kereta kakak Iparku..
kiteorg x konvoi sekali dgn kwn2 husband..sbb diorg bertolak lagi awai..so jumpa esokknya di Jeti Kuala KUala terengganu..

Day 2 : Sampai di Jeti Kuala Terengganu..
Ramai dah kwn2 husbd tunggu di jeti..diorg dlm 10 bj keta, total mak bapak + anak2 = 30 org jugalah..
Ambik tiket feri terus ke Pulau REdang..perjalanan dari jeti ke PUlau redang dalam 1 sejam 30minit lagu tu..boring juga dok dlm feri lama2..apa lagi kami pun membuta sebentar kepenatan drive dlm td..
Sampai di PUlau Redang..Check in chalet ..apa tah nama chalet kiteorg...nnti aku updatekan ya..Lepas check in, rehat + solat + aktiviti pantai..anak2 sonok la mandi di pantai tu smpai dah seenja baru nak balik..
Mlm aktiviti bebas lagi..esok baru start aktiviti..

Day 3  : Island hopping + snorkeling , start from 9-3 pm..
first day di PUlau Redang...Selepas breakfast bersiap2 naik speed boot utk island hopping + snorkeling..
Subnallah..sungguh cantik view di sekitara pulau redang ni...airnya begitu jernis sekali..
sekitara jam 3 ptg kami dibawa pulang ke chalet masing2..rest sat..dlm pukul 5 start aktiviti pantai..anak2 apa lagi mandi laut aje la smapai la ke senja..

Day 4 : Island Hopping + snorkeling, 9-3pm
Second day di pulau redang..seperti biasa selepas breakfast aktiviti island hopping + snorkeling..tp hari kedua p another island around pulau redang..
Dan malamnya aktiviti bbq..

Day 5: selepas breakfast..berkemas utk checkout..
smpai di jeti Kuala Terangganu sekitara pukul 3 ptg..singgah di masjid terapung utk solat + bergambar..then bertolak balik ke KUlim..

Mata tak mengizinkan..dah mengantuk pun..insyaallah saya akan masukkan gambar2 menarik semasa di Pulau Redang esok ok..bye god nite..

No comments:

Post a Comment